Memaparkan catatan dengan label My Luvly Kids. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Luvly Kids. Papar semua catatan

Isnin, 13 Februari 2012

New Little Boy


Presenting........my new boboiboy :)
Arif Asyraf 
30th Jan 2012 / 6 RabiulAwal 1433H

Alhamdulillah LT selamat melahirkan baby Asyraf pada jam 7.20am. Seperti jangkaan LT....awal 2 minggu dari tarikh jangkaan sebenar doktor :)
Seperti juga kelahiran anak2 LT yg lain2 sebelum ini.

Syukur pada Allah kerana mengurniakan 2 pasang cahayamata utk LT & suami bg melengkapi keluarga kami. Anak2 adalah anugerah serta nikmat Allah yg tidak terhingga kepada setiap pasangan suami isteri. 

Semoga mereka membesar menjadi anak2 yg soleh solehah serta cemerlang di dalam akademik serta ilmu akhirat. 

Kepada semua customer2 LT....sabar menanti ye sehingga order dibuka semula  pada hjg bln March @ awal April nanti. LT akan update status apabila order telah dibuka :)

Terima kasih kepada semua customer2, sahabat2 serta ahli keluarga yg banyak menyokong LT selama ini....diam tak diam setahun lebih telah berlalu sejak LT menceburkan diri secara serius di dalam bidang bakeri ini.....sokongan dari anda semua amat2 LT hargai :)

Khamis, 5 Januari 2012

Happy Birthday Sayang.....

8" Orange Cake + Fresh Cream 





LT buatkan simple kek je utk little prince punya besday. Dia tak pandai demand lagi....hihihi....so ikut selera mak dia la :D
Deco pon simple juz nak makan2 ngan famili. Tapi jap je kek tinggal separuh sbb dorang suka fresh krim tu :)
Semoga Aidil Azhad menjadi anak yg soleh serta cemerlang dunia akhirat....aminnnn

Ahad, 13 November 2011

Happy Birthday Nenek & Humayraa

Red Velvet 9"
Cream Cheese Topping


;
Happy Birthday Nenek & Humayraa......jgn terkejut ye tgk date tu........heeeeheeee.....sambutan tertunda. Bukan apa....besday my mom & my daughter jatuh date yg sama....tp nak celebrate sesame mmg le payah sbb tak dok satu rumah....so bila ada kesempatan & kelapangan....LT pon buatkan besday kek ni utk dua org kesayangan LT :)

Khamis, 19 Mei 2011

Epi besday Qistina




18 Mei 2003, Qistina dilahirkan di KBMC, KL. Emmm....kejap sangat masa berlalu, dah 8 tahun anak sulungku kini. Semoga Qistina membesar menjadi anak yg solehah, berjaya dalam pelajaran & cita2 serta membahagiakan famili kita. Kami semua sayang kakak. Muaaahhhhhhh!!!!!