Isnin, 28 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru Adie & Intan

Adie a.k.a cousin aku order 100pcs cupcake + 49pcs bluberry tart. Kek coklat buttercream topping + roses tu pulak kek hantaran yg di sponsor oleh pak long Adie a.k.a baba aku :)

Majlis berlangsung di Muar (area Tg. Agas). Ramai family dari Penang turun utk memeriahkan majlis Adie. Minggu yg sama juga anak aku admitted. Adie oder dah lama jadi aku tak sampai hati nak cancel kan memandangkan dah last minute, jadi aku uruskan masa betul2 antara anak, keluarga & tempahan yg perlu disiapkan. Mujur la mama & baba aku datang seminggu awal, jadi ada juga orang tolong tengok2 kan puteri2 aku kat rumah sepanjang kesibukan aku.

Family dari Penang sempat singgah ke rumah aku tetapi aku agak terkilan kerana tak dapat melayan tetamu dengan sempurna....tetamu jauh pulak tu....di sebabkan mengejar masa menyiapkan oder2 yg ada.
Dan yg paling sedihnya inilah pertemuan kali terakhir ku dengan tok (mak kepada baba aku).

Seminggu selepas majlis di Muar, 19hb Mac 2011 majlis berlangsung pula di Penang (tapi aku tak dapat turun). 2 hari selepas itu iaitu pada 21hb Mac 2011, aku mendapat khabar yg tok dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Buat tok tersayang, semoga tok ditempatkan bersama orang-orang beriman di sisi Allah. Al-Fatihah.

p/s: aku selitkan sekeping gambar terakhir yg sempat aku rakamkan bersama arwah tok & ahli keluarga dari Penang.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan